Resepi Kuih Koci Labu
Bahan-bahan:
Bahan-bahan inti:
- 1/2 biji kelapa inti (diparut)
- 2 -3 keping gula melaka
- Gula pasir
- 2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
- Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
- 1 sudu besar tepung gandum
Bahan-bahan kuih:
- 1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
- 1 1/4 cawan tepung pulut
- Sedikit garam halus
Cara Membuat Kuih Koci:
Cara membuat inti:
- Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
- Masukkan simpulan daun pandan.
- Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Cara membuat Kuih:
- Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata.
- Adunan akan melekat sedikit pada tangan.
- Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
- Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh di bentuk.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
- Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
- Panaskan kukusan.
- Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20 hingga 30 minit (sehingga masak).
- Kuih koci siap untuk dihidangkan.